Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya berpunca dari satu masalah kecil.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. .
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mula menyedari adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. .
Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata; “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Maka, sabar itu pada pukulan pertama. Tahan dan telan dalam-dalam.

Mungkin kita juga pernah meninggalkan lubang di dinding hati org lain.

Ask for forgiveness.
Dan saling memaafkanlah.

“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.”– (QS. Al-A’raf : 199)

“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” – (QS. Asy-Syura : 43).

P/S : Awak nak supplement tambahan untuk rohani awak? Klik link kat bawah ni untuk daftar ye. Free je…. Tapi sebelum tu share lah dulu perkongsian ni ye…. Terima kasih, awak!

https://tinyurl.com/y9luclth
https://tinyurl.com/y9luclth
https://tinyurl.com/y9luclth